WelcOme..you are da..

Saturday, May 1, 2010

~ViRuS H1N1~

AI 2 PENDRIVE KESAYANGANKU TRKENA VIRUS...BNYAK FILE DLM 2 ILANG TRMASKLAH GMBR2 KNANGAN AQ...URMM..SDEY THAP DEWA...TP BNDA DA JADI NK WAT CMNE...SKUNK NEY OWNG YG PAKAR DLM COMPUTER MNYERLAHKN KEPAKARANNYA...HAHAHAHA!!!!...

kehidupan seharian kita tak dapat nak elakkan daripada virus yang berjangkit dari internet mahupun dengan mencucuk pendrive pada USB. Asal saja kita cucuk pada USB lepas tue kita scan, mesti dia akan naik bahawa dokumen WORD kita akan terkena virus dan terpaksa di delete. Mungkin anda mengeluh sebab kerja-kerja yang penting anda hilang..

Percaya atau tidak, fail anda tidak hilang. Ia cuma di HIDDEN dari pandangan anda. Kalau mahu view, sila ke Start - Control Panel - Folder Option - View - View hidden files - Buang tanda right Hide Operating Systems. Setelah itu anda akan nampak file dokumen anda tadi. Apabila anda klick kanan pada file tersebut, anda dapati tanda hidden itu tidak boleh dibuang.

ok, ini caranya untuk membuang tanda HIDDEN tadi.

Mula2 pergi ke start kemudian klik Run

Selepas itu dia akan naik kotak dan anda taip cmd lepas tu tekan ok

Lepas tu dia akan naik kotak seperti dalam rajah


Kenalpasti dimana pendrive anda berada. Contohnya macam saya berada di F:

Taip F: pada permulaan command. (ia bergantung samada anda hendak buat di C: G: bergantung kepada lokasi pendrive anda)
Kemudian tekan enter. Ia akan naik baris ke 2. tuliskan seperti berikut

attrib -s -h *.* /s /d

kemudian anda tekan enter. Ia akan mula running. Tunggu sehingga process selesai. Ia bergantung kepada berapa banyak file anda ada.


Selepas selesai, ia akan naik baris yang seterusnya. anda cuma perlu taip exit dan enter atau boleh menekan tanda pangkah sahaja,


Sekarang lihat pada pendrive anda. File dokumen yang anda anggap hilang selama ini telah muncul..

No comments:

Post a Comment